Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kerajaan akan mewartakan penggunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis seluruh negara melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
“Langkah itu perlu kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdepan masalah mengesan kontak rapat di premis yang tidak mempunyai rekod maklumat pelanggan sekiranya ada kes positif Covid-19.
Menjawab soalan mengenai tindakan KKM mengesan kontak rapat di premis yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera, Dr Noor Hisham berkata, KKM telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di kawasan terlibat.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Pejabat Peguam Negara akan mewartakan penggunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis di seluruh negara dengan pengecualian dibenarkan di kawasan luar bandar, bandar kecil yang tidak mempunyai capaian internet.
PenggerakDaily
Sumber: Sinar Harian