Pemerintah Argentina pada Rabu mengumumkan negara berkabung tiga hari atas kematian lagenda bola sepak Diego Armando Maradona, lapor agensi berita Xinhua.
“Presiden memutuskan seluruh negara akan berkabung tiga hari nasional bermula dari hari (kematiannya),” kata kenyataan Pejabat Presiden.
Maradona meninggal dunia pada Rabu akibat serangang jantung di kediamannya di daerah Tigre, utara Buenos Aires.
Bekas pemain dan jurulatih pasukan bola sepak Gimnasia y Esgrima La Plata itu pernah menjalani pembedahan selepas diserang strok pada awal November.
Maradona menyambut hari lahirnya ke-60 pada 30 Oktober.
Sumber: BERNAMA