Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kerajaan bercadang mengembalikan semula mata pelajaran yang berkisar kepada amalan Rukun Negara dalam sistem pendidikan negara seperti yang pernah ada suatu ketika dahulu.
Perkara itu akan diperhalusi melalui penubuhan jawatankuasa teknikal kementeriannya bersama tiga kementerian lain iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Pendidikan – Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique
Ia seperti mata pelajaran Tata Rakyat yang mana kita diajar tentang apakah itu masyarakat majmuk, perpaduan, sikap bertoleransi, hormat-menghormati, adat resam dan sebagainya.
Adalah penting untuk membangunkan pendidikan Rukun Negara agar lima prinsipnya dapat dihayati oleh masyarakat terutama generasi muda.
Sumber : Bernama