Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kemenangan Perikatan Nasional di Sabah telah menunjukkan hakikat bahawa majoriti rakyat Sabah menyokong kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Kemenangan ini juga mengukuhkan lagi kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dan pastinya hal ini menguntungkan rakyat Sabah.
Timbalan Menteri Tenaga Asli, Ali Biju berkata, “jalinan hubungan antara Putrajaya dan Kota Kinabalu kini terbuka dan rakyat Sabah dapat mengharapkan limpahan inisiatif pembangunan yang mapan tanpa gangguan dan berlangsung dengan lancar”,
“Sebagai warganegara Malaysia Timur dan penduduk asli Borneo, saya dapat merasai lagi mendalami perasaan orang-orang Bumiputera luar bandar di Sabah yang mempunyai hasrat dan harapan serupa, jika tidak sama dengan kita di Sarawak”,
“Isu pembangunan ekonomi serta infrasturktur asas masih menjadi tumpuan utama di kawasan pedalaman sabah. Isu kebanjiran pendatang tanpa izin juga telah menjadi tekanan penting”, tambah Ali lagi dalam satu kenyaaan rasmi, semalam.
Menurut Ali lagi, wakil rakyat Bumiputera Malaysia Timur di peringkat Persekutuan harus memikul tanggungjawab tambahan untuk menjadi titian penghubung kepada rakyat yang telah menaruh harapan mendalam kepada kita dan memberikan kita kepercayaan tinggi untuk masa depan yang lebih cerah.
PenggerakDaily