Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia kembali lagi dengan kempen tahunan oleh Pelajar Pemujukan Tahun Akhir dengan memperkenalkan Wait! PAUSE. Kempen ini akan dijalankan sepenuhnya secara atas talian, dimana ia bersesuaian dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Wait! PAUSE bermula dari 11 November 2020 hingga 4 Januari 2021 melalui media sosial iaitu Instagram, Facebook dan TikTok.
Wait! PAUSE memfokuskan pada kesejahteraan mental dan fizikal komuniti atas talian dikalangan golongan belia di Malaysia dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19. Seiring dengan berikut, Wait! PAUSE tampil dengan konsep gaya hidup seimbang, yang berfokuskan pada tiga aspek kesihatan, iaitu mental, fizikal dan sosial. Antara usaha untuk mencapai gaya hidup seimbang adalah dengan menjalankan pelbagai aktiviti menarik agar boleh berhubung kepada sasaran audiens, iaitu golongan belia supaya menjadikannya sebagai sebuah komuniti atas talian yang saling menyokong antara satu sama lain.
Wait! PAUSE telah menjalankan aktiviti pertamanya pada 11 November 2020 iaitu ‘Together, We Exercise’. Aktiviti ini memerlukan para audiens untuk memuatnaik video pendek mereka beriadah pada media sosial, serta ‘tag’ @waitpause2020 dan menggunakan tanda pagar (‘hashtag’) seperti #TogetherWeExercise, #WaitPAUSE2020 dan #TogetherWeStrive pada Instagram, Facebook atau TikTok atau ketiga-tiganya sekali. Para audiens juga perlu ‘tag’ sekurang-kurangnya 3 orang rakan untuk menarik lebih ramai penglibatan serta melayakkan diri untuk menyertai pertandingan tersebut. Audiens yang mempunyai jumlah ‘likes’ tertinggi akan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik. Pertandingan ‘Together, We Exercise’ ini akan berlangsung selama sebulan, sehingga 12 Disember 2020.
Penggerakdaily