Oleh: Editorial Penggerak Daily
Dalam muatnaik terkini di laman Facebook bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak mempersoal tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP yang membuat laporan polis terhadapnya.
Menurut Najib, laporan polis dibuat ke atasnya kerana menyiarkan beberapa dokumen mengenai syarikat terowong yang kini sedang disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kenapa baru sekarang DAP takut dengan pendedahan dokumen-dokumen ini?”,
“Saya sudah lama membuat pendedahan dokumen tersebut dan juga telah dibongkar oleh Barisan Nasional sejak tahun 2017”,
Najib mempertikai kewajaran laporan polis tersebut kerana dokumen mengenai laporan tahunan kewangan syarikat adalah dokumen awam yang boleh didapati dengan mudah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Terdahulu, ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit membuat laporan polis ke atas Najib berhubung keadaan kewangan kritikal syarikat terowong bagi tahun 2011 dan 2012 ketika projek bernilai RM6.34 bilion dianugerahkan kepada syarikat tersebut, dengan alasan kes tersebut sedang berjalan di mahkamah dan mungkin menjadi bukti penting dalam perbicaraan Guan Eng.
PenggerakDaily