JOHOR BAHRU: Pintu pagar istana di sini dirempuh sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 3 petang.
Menurut beliau, kereta itu dipercayai terbabas akibat permukaan jalan yang licin.
“Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta yang terbabas sendiri tanpa melibatkan kenderaan lain.
“Pemandu tidak berada dalam keadaan mabuk, manakala ujian saringan awal air kencingnya juga negatif penyalahgunaan dadah,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Tambah Raub, pemandu tersebut juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.
Penggerak Daily