JOHOR BAHRU: Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKNN), Kerajaan Negeri Johor mengesyorkan agar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula semalam dilaksanakan secara tersasar di negeri ini, kata Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dalam satu kenyataan media hari ini.
“PKPB hanya dikuatkuasakan di kawasan atau zon merah yang mempunyai jangkitan tinggi, dan bukannya di negeri seperti yang dilaksanakan sekarang”,
Tambahnya lagi, cadangan ini amat penting supaya pelaksanaan tidak menjejaskan sector-sektor ekonomi dan aktiviti harian rakyat di kawasan yang mempunyai jangkitan rendah.
Kerajaan negeri Johor juga turut menyarankan SOP khusus kepada Kerajaan Persekutuan bagi pembukaan skim ketiga selepas Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), iaitu Daily Commuting Arrangement (DCA) dengan pihak Singapura.
“Walaupun kuasa penuh pembukaan sempadan kedua-dua buah negara adalah dalam bidang Kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri telah bersedia dengan kapasiti yang sepatutnya, bagi menjayakan DCA seperti yang diutarakan”,
Perkara ketiga yang dicadangkan dalam mesyuarat tersebut ialah tempoh kuanrantin bagi rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air (bukan kategori PCA) untu menjalani tempoh kuanrantin selama 7 hari, di pusat kuanrantin dan rumah masing-masing.
PenggerakDaily