Oleh: Editorial Penggerak Daily
Seringkali kita dengar atau tonton di media sosial mengenai perangai samseng agen tarik kereta. Kali ini, Penggerak Daily tunjukkan tips atau panduan jika anda berhadapan dengan agen tarik kereta.
- Pastikan Ejen Penarik Kenderaan ada kad permit (Autoriti Ejen Perolehan Semula) EPS.
- Ejen Penarik Kenderaan perlu bersikap professional serta berpenampilan yang kemas dan bersesuaian.
- Ejen Penarik Kenderaan tak dibenarkan tarik kereta pada hari cuti umum.
- Tidak dibenarkan menarik kenderaan yang berada di kawasan kediaman berpagar
- Masa untuk menjalankan penarikkan kenderaan bermula 9 pagi sehingga 9 malam
- Penggunaan kekerasan sepanjang proses penarikkan adalah tidak dibenarkan.
- Sebarang permasalahan melibatkan penarikkan kenderaan terutamanya ada perlakuan jenayah, kekasaran, pemerasan duit ataupun pencerobohan premis tanpa izin, pihak penyewa beli berhak membuat laporan polis bagi maksud mengambil tindakan undang–undang ke atas penarik kenderaan/ Institusi Kewangan tersebut dan begitu juga sebaliknya.
- Perlu mengemukakan kepada penyewa beli iaitu surat arahan tarik dari Institusi kewangan dan perintah Mahkamah sekiranya kenderaan yang hendak ditarik telah membuat bayaran melebihi 75% daripada pinjaman kenderaan.
- Hendaklah memberi masa yang cukup kepada penyewa beli untuk mengeluarkan barang peribadi daripada kenderaan yang hendak ditarik.
Dengan tips ini, semoga anda tahu hak anda sebagai pemilik kenderaan.
Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia