Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali optimis pelan yang dirancang kementeriannya serta kerjasama erat menerusi ASEAN dengan Jepun akan menggiatkan kembali ekonomi pasca wabak global Covid-19.
Tambahnya lagi, penggunaan aplikasi digital dalam dunia perniagaan dan e-dagang yang semakin meluas akan turut membantu menyegerakan pemulihan ekonomi.
Pandangan ini dikongsi Azmin ketika mengetuai delegasi Malaysia untuk Persidangan Video Menteri-Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (VMRT) bersama Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Hiroshi Kajiyama dan negara ASEAN.
PenggerakDaily