Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Selari dengan keperluan semasa, kerajaan akan memperkasakan penggunaan aplikasi teknologi seperti geospatial untuk membantu renjer melaksanakan tugas pemantauan dan penguatkuasaan”, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
“Kerajaan juga menyediakan latihan khusus kepada renjer bagi meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi”.
Peranan renjer melindungi dan memulihara biodiversiti yang semakin mencabar, Jabatan PERHILITAN telah mempertingkatkan kekuatan anggota renjer melalui pelantikan 100 orang Veteran Angkatan Tentera Malaysia (VAT) dan 50 Orang Asli sebagai renjer hidupan liar di bawah Bioderversity Protection and Patrolling Programme (BP3).
PenggerakDaily