JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar menafikan dakwaan yang tular di media sosial TikTok mengatakan beliau telah bersara.
Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sebaliknya masih menjalankan tugas seperti biasa.
“Saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini terjaga.
“Polis Johor memandang serius penyebaran berita palsu ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat tidak benar mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Sementara itu, Polis Johor dalam kenyataan sama mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan.
“Sebarang maklumat rasmi berkaitan perubahan dalam kepimpinan Polis Diraja Malaysia akan diumumkan melalui saluran rasmi sahaja,” tambahnya.
Terdahulu, tular satu dakwaan di TikTok yang mendakwa Kumar telah bersara.
Penggerak Daily