Categories
Berita Business Lifestyle

KFC HENTIKAN SEMENTARA SLOGAN ‘HINGGA MENJILAT JARI’ KERANA COVID-19

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Rangkaian restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) memutuskan untuk menghentikan sementara penggunaan slogan “…hingga menjilat jari”.

Ketika wabak COVID-19 menggesa orang ramai agar berhenti menyentuh wajah, KFC dalam satu kenyataan berkata ada yang tidak kena pada slogan yang sudah digunakan sejak 64 tahun lalu itu.

“Kami berada dalam situasi yang unik kerana mempunyai slogan ikonik tetapi tidak begitu sesuai dengan persekitaran semasa,” kata Catherine Tan-Gillespie, Ketua Pegawai 
Pemasaran Global KFC, seperti yang dipetik CNN.

Syarikat itu memperlihatkan penampilan baharunya menerusi video di YouTube, yang menunjukkan slogan yang terdapat pada poster berbunyi: “Slogan yang selalu kita sebut? Abaikannya. Buat masa ini.”

Pengguna media sosial bagaimanapun berpendapat slogan itu tidak membawa ancaman kesihatan kerana orang ramai umumnya selama ini menikmati hidangan KFC menggunakan tangan.

Menu restoran tidak berubah dan syarikat itu memaklumkan slogan berkenaan akan kembali digunakan pada masa yang sesuai.

Sementara itu bagi rangkaian KFC Malaysia, slogan tersebut sudah tidak digunakan sejak tahun 2011 dan telah digantikan dengan slogan ‘So Good‘.

Dalam penjelasannya, ‘So Good‘ mewakili keseluruhan pengalaman pelanggan bersama jenama KFC, manakala slogan lama semata-mata menumpukan pada soal makanan.

Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *