Khabib Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje sebentar tadi.
Keputusan pertarungan penyatuan gelaran lightweight ini melebarkan rekod profesional Khabib kepada 29 kemenangan tanpa kalah.
Bagaimanapun, dalam temubual selepas perlawanan, Khabib yang teringatkan arwah bapanya Albdulmanap, dengan sedih memberitahu dia ingin bersara dari sukan MMA.
“Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. tak mungkin saya ke sini tanpa ayah saya.
“Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.
“Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya,” katanya.
Ini merupakan kali ketiga Khabib mempertahankan gelaran lightweight yang disandangnya.
Kali pertama dia mempertahankan kejuaraan tersebut ialah pada Oktober 2018 selepas menewaskan Conor McGregor dalam aksi UFC 229.
Dia kemudiannya menewaskan Dustin Poirier pada September tahun lalu pada acara UFC 242 pula.
Sumber: Awani