Oleh: Editorial Penggerak Daily
Hab pengumpulan data kedua terbesar selepas Cyberjaya, projek Kulai Data Exchange (Kidex) dijangka memberi limpahan ekonomi setempat, kata Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad semasa lawatan ke tapak projek, semalam.
“Hab yang berkeluasan 100 hektar yang terletak di Kawasan Perindustrian Kulai ini akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan pelabur asing termasuk dari Jepun dan Amerika Syarikat”,
Dalam lawatan ke tapak projek semalam, MDEC sebagai penggerak utama industri pusat data negara dan beberapa agensi yang mengendalikan projek ini termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Johor Corpration (JCorp), dalam Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut memberi taklimat.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Tuan Mohd. Izhar Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi.
PenggerakDaily