Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Pak Long sedar sejak akhir-akhir ini terdapat peningkatan jangkitan COVID-19 yang tinggi melibatkan penyebaran utama dari PATI iaitu Kluster Benteng di Sabah, dan melibatkan tahanan penjara iaitu Kluster Tembok, Kedah seperti mana diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan”,kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri di facebook, tadi.
“Dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri, kita telah membuat keputusan untuk terus memperketatkan sempadan terutamanya Pantai Timur Sabah agar PATI tidak mudah lolos bagi mengelak jangkitan kepada rakyat Malaysia”,
“SOP rentas daerah di Sabah juga dikeluarkan untuk memastikan penularan jangkitan dapat di kawal dengan sebaiknya”,
Dimaklumkan, Task Force Operasi Pematuhan terus berjalan hingga hari ini, begitu juga dengan Operasi Sanitasi Awam untuk proses sanitasi lokasi-lokasi yang terlibat dalam penularan wabak COVID-19 di seluruh negara.
PenggerakDaily