Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Kita semua pada hakikatnya masih dalam perjalanan mencapai kemerdekaan hakiki”, kata Menteri Hal Ehwal Agama, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam hantaran facebooknya berkenaan program menyantuni komuniti mak nyah di malam merdeka, semalam.
“Sudah pasti ada yang terselamat dan ada juga yang tersadung. Apa yang penting adalah saling bantu membantu ke arah kebaikan”.
Semalam, di malam merdeka Dr. Zulkifli bersama sukarelawan YADIM telah menyantuni komuniti mak nyah yang telah berhijrah dan menyampaikan sedikit sumbangan di Surau al-Hijrah, Chow Kit.
“Lorong kecil dan gelap di Chow Kit, mula ‘bersinar’ dengan wujudnya Surau al-Hijrah sejak beberapa tahun lalu. Saya dimaklumkan pelbagai aktiviti keagamaan dijalankan di sini”,
“Ia juga menyebabkan kadar masalah sosial setempat menurun”.
Mereka yang hadir adalah daripada NGO Pintas iaitu bekas komuniti gay, bisexual , MSM dan Queer yg berhijrah dan Pertubuhan Usrah Fitrah daripada bekas komuniti Mak Nyah yang berhijrah.
PenggerakDaily