Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan pendirian bahawa beliau sama sekali tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
Dalam reaksinya kepada surat yang tular kononnya ditulis oleh Datuk Seri Ahmaf Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, jika surat itu sahih, maka Zahid sebagai Presiden parti tidak boleh bercakap bagi pihaknya.
MenerusiBeliau juga meminta semua ahli Parlimen UMNO menyatakan pendirian masing-masing berhubung sokongan terhadap Anwar itu.
Pagi tadi tular surat Zahid kepada Agong kononnya semua wakil rakyat menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar sebagai calon perdana menteri kesembilan.
Surat tersebut turut memetik Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razaki bersama-sama Zahid menyatakan pendirian menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Bagaimanapun, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Sumali Reduan menegaskan bahawa Pejabat Presiden UMNO tidak pernah mengeluarkan surat tersebut.
“Saya dan Pegawai Pejabat Presiden yang selalu bertanggungjawab menyediakan segala surat menyurat dan juga letter head tidak pernah dikeluarkan tanpa nombor rujukan.
“Penyebaran surat rasmi berkenaan sangat melampau dan mungkin disebarkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan dan berniat jahat bertujuan untuk merosakkan imej Presiden UMNO,” katanya.
Sumber: MalaysiaGazette