Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menggalakkan lebih banyak pengendali platform e-dagang diwujudkan di Malaysia, bagi memasarkan produk-produk halal tempatan ke luar negara .
Justeru, Timbalan menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, Kementerian bersedia membantu syarikat tempatan mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat berpotensi dari luar negara.
“Penggunaan logo “Produk Ummah” juga akan diperluas bagi memperkasa dan merancakkan ekonomi umat Islam diperingkat global”,
Aladdin Group mengumumkan pengstukturan semula syarikatnya dengan menumpukan platform beli-belah e-dagang patuh Syariah dan Halal bagi menyediakan rantaian bekalan ke lebih 40 negara diseluruh dunia.
Sumber: RTM