Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan satu video pendek berdurasi hampir 11 minit bagi memberi gambaran sebenar kerja keras yang dilakukan petugas barisan hadapan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).
Bulan kebangsaan tahun ini yang berdepan dengan serangan pandemik, perjuangan menentang musuh tidak kelihatan, membebaskan negara daripada COVID-19 juga merupakan perjuangan pembebasan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di twitter rasmi berkata, video bahagian pertama ini memaparkan betapa besarnya jumlah pasukan dan wira-wira yang bertungkus-lumus menjalankan kerja belakang tabir ketika negara berperang menentang COVID-19.
“Kejayaan awal dalam pejuangan ini adalah mengawal dan melandaikan lengkungan penularan jangkitan COVID-19”,
“CPRC yang sudah lama wujud, kini lebih menonjol peranannya dan berjaya mengangkat perkhidmatan hospital yang lebih tersusun dengan barisan pejuang yang sanggup menggembleng tenaga, berjuang melawan virus ini”.
PenggerakDaily