Categories
Berita Kesihatan

KLUSTER SIVAGANGGA, KEDAH CATAT LIMA KES BAHARU

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Akibat ingkar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) oleh pemilik kedai makan yang pulang dari India, Kedah kembali mencatatkan lima kes baharu positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks iaitu kes 8,937 merupakan seorang pemastautin tetap yang kembali ke Malaysia dari India pada 13 Julai.

Ketika saringan COVID-19 di pintu masuk KLIA, indeks didapati negatif namun saringan ulangan didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga 28 Julai, 28 kontak rapat telah disaring.

“Daripada jumlah tersebut lima dikesan positif COVID-19 dan 23 negatif,” katanya.

Tambah beliau, kesemua kes positif ini berkongsi tempat kediaman dengan kes indeks.

“Premis yang dikenalpasti ini telah ditutup bagi proses pembersihan dan nyahkuman,” katanya.

 

 

PenggerakDaily

Sumber: Sinar Harian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *