Oleh: Editorial Penggrak Daily
Kumpulan 10 ahli parlimen yang diketuai bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara rasmi dalam Kongres Negara 2020, semalam.
Selain Azmin yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, kumpulan 10 ahli Parlimen itu termasuk ahli Parlimen Ampang yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.
Selain itu, turut serta menyertai PPBM ialah Ahli Parlimen (Bandar Tun Razak) Kamaruddin Jaffar, (Nibong Tebal) Mansor Othman, (Batu Pahat) Rashid Hasnon, (Saratok) Ali Biju dan (Puncak Borneo) Willie Mongin manakala Ahli Parlimen Segamat Santhara Kumar mengumumkan menyertai parti itu selepas menyerahkan borang pada awal bulan ini.
Borang keahlian mereka diserahkan secara rasmi oleh bekas pimpinan PKR itu kepada Presiden PPBM Muhyiddin Yassin dalam Kongres Negara 2020 di MITEC, Kuala Lumpur.
Dalam Kongres berkenaan pula, PPBM turut menyatukan badan bukan kerajaan (NGO) Pemuda Negara, Penggerak Komuniti Negara, Nations of Women (NOW) dan Penggerak Wanita Muda Negara.
“Dengan rasa penuh ikhlas dan tulus, saya dan ketumbukan dari Perlis sampai Sabah, sama ada Penggerak Komuniti Negara, Nation of Women, Pemuda Negara dan Wanita Muda Negara dengan ini kami isytiharkan untuk menyertai PPBM.
Semua 4 NGO kumpulan Azmin itu akan menyokong PPBM dan memenangkan komponen parti yang mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Hadir sama dalam majlis itu Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung MIC M Asojan, Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi dan pimpinan tertinggi PPBM.
PenggerakDaily