Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kongsi gambar atau video saat terindah sebagai rakyat Malaysia, saran Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah sempena meraikan bulan kebangsaan serta ulang tahun Hari Kebangsaan ke-63.
Gambar atau video boleh dikongsikan di media sosial dengan menggunakan hashtag MOMEN NEGARAKU, bermula semalam.
“Inisiatif itu juga merupakan salah satu platform untuk rakyat Malaysia memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara”,
“Walaupun negara masih berdepan pandemik covid-19, namun sambutan hari kebangsaan boleh terus disemarakkan dengan pembudayaan norma baharu”,
Beliau juga menggalakkan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda menghormati dan menyayangi negara.
Sumber: RTM