Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Konvoi seronok, tapi hidup harmoni dalam masyarakat berbilang kaum lagi seronok” kata Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Tenggara, Datuk Tan Lek Khang ketika Majlis Pelepasan Jelajah Hari Kemerdekaan 2020 di Dataran Kota Tinggi, petang tadi.
Tambah Tan, “Jelajah Hari Kemerdekaan 2020 ini merupakan program konvoi sambil mengibarkan Jalur Gemilang bertujuan mempromosi semangat patriotisme dan cinta akan negara kepada warga Kota Tinggi khususnya generasi muda”,
“Lebih penting, konvoi yang terdiri daripada warga Malaysia berbilang kaum ini juga ingin menyampaikan mesej keharmonian dan perpaduan kepada seluruh warga Kota Tinggi”,
Konvoi yang dianjurkan oleh PKN Tenggara dan Kota Tinggi ini bermula dari Dataran Kota Tinggi dan beberapa ‘check point’ di Felda Air Tawar, Kampung Teluk Sengat, Felda Lok Heng, Bukit Waha, Sedili Kecil, Pekan Sedili dan kembali semula ke Dataran Kota Tinggi.
PenggerakDaily