Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kajian Comparitech telah menjalankan kajian mengenai kota-kota di seluruh dunia. Antara kajian yang dijalankan ialah penggunaan CCTV di kota-kota seluruh dunia.
Menurut kajian mereka, 9 daripada 10 kota yang paling banyak CCTV ialah terletak di China. Taiyuan yang terletak di daerah Shanxi merupakan kota yang padat dengan CCTV, 120 kamera CCTV per 1000 penduduk.
Di tangga kedua ialah Kota Wuxi manakala Beijing ditangga ke 5.
Kota London, satu-satunya kota yang tersenarai dalam 10 teratas berada di tempat ketiga dengan 67 kamera perĀ 1000 penduduk manakala Los Angeles dengan 6 kamera per 1000 penduduk.
Teknologi CCTV masih kontroversi kerana sebahagian masyarakat terutama Eropah melihat teknologi ini melanggar hak privasi manakala sebahagian masyarakat ianya sebagai langkah keselamatan.
PenggerakDaily