JOHOR BAHRU: Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) telah melantik Lukman Abu Bakar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuatkuasa 1 September lalu.
KPRJ dalam satu kenyataan memberitahu, pelantikan Lukman itu bagi menggantikan Datuk Ramlee A. Rahman yang kini mengetuai Permodalan Darul Ta’zim (PDT) selaku Ketua Eksekutif.
Pertukaran jawatan berkenaan susulan rombakan Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS).
“KPRJ ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan Datuk Ramlee.
“KPRJ akan mendukung aspirasi kerajaan negeri dalam menerajui, merealisasi dan mensejahtera bersama,” tambah kenyataan itu.
Sebelum ini, Datuk Ramlee dilantik ke jawatan CEO KPRJ sebagai menggantikan Datuk Noorazam Osman yang dilantik selaku Datuk Bandar Johor Bahru secara rasminya pada 29 Ogos lalu.
Penggerak Daily