Categories
Alam Sekitar Berita

KUDA BAKA CANTIK DARI ISKANDAR PUTERI DIIKTIRAF GUINESS WORLD RECORD

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Seekor kuda jantan baka Friesian yang dilahirkan di Leisure Farm, Iskandar Puteri memegang rekod dunia dalam Guiness World Record kerana menjadi kuda pertama daripada baka tersebut yang berjaya diternak di benua Asia.
Kuda baka cantik bernama Lancelot ini dilahirkan di House Of Friesian Stud di Leisure Farm pada 3 Mac 2019 dipelihara dan dimiliki oleh syarikat Stal De Fryslan.
Lancelot turut diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records sebagai kuda Friesian pertama dilahirkan di sini.
Memelihara kuda baka Friesian di Asia merupakan risiko besar kerana baka yang berasal dari Friesland, Belanda ini terbiasa dengan iklim sejuk dan turut digelar kuda salji.
Baka ini popular digunakan untuk aktiviti sukan, pertunjukan, upacara atau perarakan diraja.
Sumber: Odisi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *