Lagenda WWE, James ‘Kamala’ Harris meninggal dunia pada usia 70 tahun setelah mengalami komplikasi akibat wabak Covid-19.
Kamala menyertai menyertai syarikat gusti Vince McMahon pada akhir 1980-an dan awal 90-an merupakan raksasa yang paling dipercayai dalam arena gusti, kata pengarang autobiografinya, Kenny Casanova.
Penggusti gergasi 6 kaki 7 inci ini bukan saja memainkan peranan, tetapi lelaki terbaik yang anda temui, tambah Casanova lagi.
Dengan berat 380 kilogram, Kamala pernah bertarung dengan superstar gusti ternama termasuk Hulk Hogan dan Undertaker.
Lewat malam tadi, WWE mengeluarkan pernyataan menzahirkan kesedihannya apabila mengetahui berita sedih pemergian gergasi Uganda ini.
Sementara itu, WWE mengeluarkan pernyataan lewat malam mengatakan: “WWE sedih mengetahui bahawa James Harris yang dikenal oleh peminat WWE sebagai Kamala telah meninggal dunia pada usia 70 tahun.
“WWE mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan peminat Harris.”
PenggerakDaily
Sumber: Sinar Harian