Categories
Berita Kesihatan

LANJUTAN PKPP DAN PERKARA PENTING DALAM PERUTUSAN PM

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Perutusan khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam sedikit sebanyak menjawab pelbagai persoalan rakyat Malaysia mengenai apa lagi yang boleh dijangka selepas 31 Ogos ini.
Pelbagai perkara penting yang diumumkan oleh Muhyiddin Yassin bagi melindungi kesejahteraan rakyat daripada wabak COVID-19, antaranya ialah:
1) Kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan hingga 31 Disember 2020. Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.
2) Tabung COVID-19 yang diurus oleh NADMA juga akan dilanjutkan hingga 31 Disember 2020. Sehubungan itu, pihak-pihak yang ingin menyumbang kepada tabung ini boleh berbuat demikian.
3) Kerajaan menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda dari kadar sekarang.
4) Sekiranya berlaku peningkatan kes-kes jangkitan di lokaliti tertentu, kerajaan akan melaksanakan pendekatan secara bersasar seperti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar sepertimana yang telah dilaksanakan di beberapa kawasan sebelum ini.
5) Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang berunding dengan pihak pengilang dan pembekal untuk menurunkan harga pelitup muka.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *