Oleh: Editorial Penggerak Daily
Sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan, Legoland Malaysia akan menyumbang 3000 tiket percuma buat ‘frontliners’, kata Exco Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Onn Hafiz Ghazi.
“Mereka juga melancarkan kempen promosi Play In Legoland, Stay in Johor yang menawarkan penjimatan sehingga RM550 untuk 4 orang”
“Promosi ini juga turut memberi diskaun harga sehingga 80% bagi pembelian tiket kedua serta percuma penginapan satu malam untuk hari kedua”, tambahnya lagi dalam satu hantaran di facebook, tadi.
PenggerakDaily