Oleh: Editorial Penggerak Daily
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dibawa keluar daripada sidang akhbar di White House pada Isnin susulan insiden tembakan di luar bangunan itu, semalam.
Menurut laporan CNN, ketika itu Trump sedang menghadiri sidang media harian bagi melaporkan perkembangan terkini situasi COVID-19 di negara itu.
Trump bagaimanapun hanya dibawa keluar seketika dan kemudian meneruskan taklimatnya beberapa minit kemudian.
Trump berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa tentang identiti dan motif lelaki tersebut ditembak.
Sementara itu, situasi di luar Rumah Putih tenang tetapi sebahagian kawasan ditutup dengan beberapa anggota polis dan beberapa kenderaan rasmi tertumpu ke arah penjuru 17th Street dan Lebuh Pennsylvania.
Dalam pada itu, seorang penunjuk perasaan yang berkhemah dekat Rumah Putih selama beberapa tahun, Philipos Melaku berkata, dia terdengar bunyi tembakan sekitar jam 5.50 petang waktu tempatan.
PenggerakDaily