Oleh: Editorial Penggerak Daily
Rosliman atau dikenali sebagai abang Man di kalangan penduduk menghembuskan nafas terakhir ketika sedang azan Subuh di Surau Ar-Rayyan, Seksyen 27, Shah Alam pagi tadi.
Menurut AJK Surau berkenaan, “seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti”,
“Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas”,
“Selang beberapa waktu kemudian, terdengar AJK lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau”,
“Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan”,
“Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan”,
“Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah”.
Menurut salah seorang jemaah surau terbabit, “abang man yang kelihatan sihat malam tadi eriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.”
“Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau”.
Semoga abang Man ditempatkan dalam kalangan yang beriman.
Kredit : AJK Surau Ar-Rayan (facebook)