Oleh: Editorial Penggerak Daily
Perdana Menteri Lebanon, Hassan Diab mengisytiharkan Rabu sebagai hari berkabung susulan dua letupan yang menggegarkan Beirut semalam menyebabkan 73 orang terbunuh dan 3,700 lagi cedera.
Letupan yang menggegarkan kawasan pelabuhan bandaraya Lebanon dan menyebabkan beberapa buah bangunan bergoyang dan kepulan asap menjulang ke langit masih belum diketahui punyanya.
Memetik Menteri Kesihatan Lebanon, Hamad Hasan, “letupan di tengah Beirut itu telah menyebabkan ramai orang cedera dan berlaku kerosakan yang besar”.
Letupan kuat itu juga dapat dirasai di seluruh bandar raya itu dan bekalan elektrik terputus di beberapa buah daerah.
Sementara itu, mangsa-mangsa yang berlumuran darah termasuk kanak-kanak mendapatkan rawatan di luar Pusat Perubatan Clemenceau.
PenggerakDaily
Sumber: Sinar Harian