Syarikat teknologi gajet berpengkalan di Korea Selatan, LG telah mengeluarkan TV yang mempunyai skrin yang fleksibel dan boleh digulung sekiranya tidak digunakan.
Ciri menarik yang ditawarkan ini mempamerkan gaya futuristik buat para penggunanya serta mampu menjimatkan ruangan TV dengan lebih baik.
Mulai diperkenal seawal tahun 2018 sebagai model prototaip, model LG SIGNATURE’s Rollable OLED tidak hanya menawarkan skrin yang fleksible malah tampil dengan ketebalan tiga kad kredit beserta speaker yang dipancar melalui skrin.
Hadir dengan teknologi yang serba canggih dan unik, pastinya para pengguna boleh menjangkakan harga yang premium daripada model ini. LG Signature OLED R berukuran 65-inci ini kini boleh didapati di pasaran Korea Selatan dengan harga sekitar 100 juta won (~RM365,862). Mungkin berbaloi bagi mereka yang puas dengan rekabentuk minimalis.
Sumber: Odisi