Categories
Berita Budaya Lifestyle

LORONG BIRU BAGI AKTIVITI BERBASIKAL PERLU DIKAJI SEMULA

Penggunaan lorong biru bagi aktiviti berbasikal di Kuala Lumpur perlu dikaji semula menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Jelas Annuar Musa, pihaknya turut mencadangkan agar laluan baru yang lebih strategik di Kuala Lumpur perlu diadakan menghubungkan laluan yang lebih selamat.

“Saya telah arahkan kepada perancang bandar agar melihat kepada laluan yang lebih praktikal dan dibuat bagi jangka panjang supaya Kuala Lumpur mempunyai laluan yang tidak ganggu lalulintas dan menghubungkan kawasan rekreasi,”

Bagaimanapun katanya, perkara itu memerlukan perbincangan bersama pihak komuniti berbasikal berhubung keperluan untuk mewujudkan laluan itu.

Beliau dalam masa sama turut mengulas mengenai budaya berbasikal di Malaysia yang dilihat tidak sama jika dibandingkan dengan negara luar.

“Kita bimbang kalau buat laluan baru nanti ia tidak diguna seperti lorong sedia ada (lorong biru), apa yang terjadi pada lorong biru, bila tidak dipakai orang lain yang pakai letak kenderaan dan sebagainya.

“Seperti di Kuala Lumpur, berbasikal itu bukan sebahagian daripada pilihan pengangkutan namun lebih kepada aktiviti sukan dan cuaca kita tidak sama dengan negara luar,” katanya 
lagi.

Sumber: PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *