Categories
Berita Budaya Sastera

LOUISE GLUCK PEMENANG HADIAH NOBLE KESUSASTERAAN 2020

Penyajak dari Amerika Syarikat, Louise Glück diumum Pemenang Hadiah Nobel bagi Kesusasteraan 2020.
Anugerah diberikan kepada tokoh itu susulan sajak puitisnya yang indah dan menganjurkan hubungan manusia sejagat.
Glück, 77, dilahirkan di New York dan tinggal di Massachusetts.
Beliau juga merupakan seorang Profesor Bahasa Inggeris di Universiti Yale.
Menurut Setiausaha Tetap Akademi Hadiah Nobel, Mats Malm, Gluck sudah dimaklumkan mengenai kemenangannya sebelum pengumuman dibuat.
Glück merupakan wanita keempat menerima Hadiah Nobel bagi Kesusasteraan dan penerima ke-16 sejak anugerah itu pertama kali diperkenalkan pada 1901.
Warga Amerika kali terakhir menang anugerah itu ialah Toni Morrison pada 1993.
Glück menang Pulitzer Prize pada 1993 untuk koleksi The Wild Iris dan Anugerah Buku Kebangsaan pada 2014.
Sajak-sajak beliau banyak menyentuh mengenai realiti kehidupan manusia serta melibatkan kematian, zaman kanak-kanak dan kehidupan keluarga.
Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *