Categories
Berita Politik

MAHATHIR BERITAHU KENAPA ANWAR TIDAK LAYAK JADI CALON PM

Oleh:Editorial Penggerak Daily

Dalam wawancara yang disiarkan BNBC semalam, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan sebab Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH) Plus.

Kata Mahathir, Anwar tidak popular dalam kalangan orang Melayu. Tambahnya lagi, sokongan orang Melayu merupakan syarat penting untuk mana-mana parti menang dalam pilihan raya.

Perkara tersebut dinyatakan Mahathir  ketika ditanya mengapa beliau tidak akan menyerahkan jawatan pemimpin negara kepada Anwar walaupun mengatakan sebaliknya pada tahun 2019.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Anwar gagal untuk mendapat sokongan Melayu dalam tiga pilihan raya sebelum ini.

“Ketika saya memimpin parti pembangkang, kita berjaya menang dan ini merupakan pencapaian kerana untuk tempoh 60 tahun, Malaysia dipimpin oleh kerajaan daripada parti yang sama.

“Ini pertama kali perubahan (kerajaan) dicapai,” tambahnya.

Dr Mahathir dan penyokong Anwar kini terlibat dalam konflik yang dilihat akan terus berpanjangan dalam isu pemilihan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) Plus.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *