Categories
Berita Budaya Politik

MAJORITI MELAYU BANDAR YAKINI PN PERINTAH NEGARA – KAJIAN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Kajian QGen Analysts menunjukkan majoriti (54%) golongan Melayu bandar meyakini gabungan Perikatan Nasional (PN) untuk memerintah Malaysia.

Gabungan Muafakat Nasional (MN) duduk di pilihan kedua (19%) manakala gabungan Pakatan Harapan (PH) mendapat peratusan paling rendah (9%) dalam memberi keyakinan kepada Melayu bandar untuk memerintah.

18 peratus responden tidak pasti dalam membuat pilihan gabungan mana yang diyakini mampu untuk mentadbir Malaysia.

Menurut kajian ini, intergriti menjadi kriteria utama dipilih rakyat diikuti dengan berwibawa, mesra rakyat, berpengalaman luas dan beragama.

Kajian yang dijalankan di Kawasan bandar majoriti Melayu di Selangor ini menunjukkan 82 peratus responden berpuas hati dengan pencapaian PN.

Umum berpendapat kerajaan PN mengambil berat kebajikan rakyat dalam agenda memulihkan ekonomi negara.

 

PenggerakDaily

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *