Oleh: Editorial Penggerak Daily
Satu kajian dilakukan Merdeka Center menunjukkan 69 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Manakala, 65 peratus responden kaum India dan 33 peratus responden dari kaum Cina memberikan respons positif terhadap prestasi Muhyiddin.
Tahap sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat dan kini berada dalam zon selesa selepas beliau memegang jawatan tersebut sejak Mac lalu.
Respons positif turut diterima kerajaan Persekutuan apabila 58 peratus pengundi berpuas hati dengan prestasi Perikatan Nasional (PN) manakala 28 peratus tidak berpuas hati dengan pentadbiran PN.
Dalam pada itu, kajian tersebut menunjukkan jurang pendapatan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap puas hati mereka kepada kerajaan.
Kira-kira tiga per empat daripada responden yang pendapatan isi rumah kurang dari RM2,000 seorang memberi respons positif kepada kerajaan.
Manakala hanya 40 peratus daripada mereka yang berpendapatan isi rumah lebih RM7,000 sebulan memberikan respons positif.
Sumber: Awani