Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menggunakan aplikasi MySejahtera untuk merekod maklumat pelanggan lebih selamat berbanding menulis maklumat secara manual atau aplikasi lain, kata Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskaran.
Aplikasi MySejahtera di semua premis perniagaan bukan sahaja memudahkan proses pengesanan kontak malah ia dilihat dapat melindungi maklumat peribadi pelanggan.
Penggunaan MySejahtera secara seragam di semua premis dilihat memudahkan pelbagai pihak terutamanya pelanggan yang hanya perlu memuat turun satu aplikasi sahaja dan dapat mengelakkan penyalahgunaan butiran peribadi seperti penjualan nombor telefon bimbit oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kerajaan akan mewartakan kewajiban penggunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis seluruh negara, menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk mengesan kontak rapat kes jangkitan Covid-19 berikutan ada premis yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera atau menggunakan aplikasi lain untuk tujuan pengesanan.
PenggerakDaily
Sumber: Sinar Harian