Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Malaysia tidak akan menjadi tong sampah dunia. Kita akan bertindak tegas terhadap sebarang unsur yang cuba bawa masuk kontena sisa toksik dan plastik serta sebagainya”, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beberapa hari sebelum perintah kawalan pergerakan dilaksanakan pada Mac, kementerian mengesan 13 kontena yang mengandungi sisa toksik dan 42 kontena mengandungi bahan plastik.
“Saya sendiri turun ke Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor setelah dapat maklumat ada 110 kontena dan kini dalam pengurusan untuk hantar semula ke negara asal, iaitu Romania,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Pada Januari lalu, kementerian memaklumkan 150 kontena sisa pepejal plastik dianggarkan 3,737 tan metrik berjaya dihantar pulang ke negara asal sejak suku ketiga tahun lalu dan tidak membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.