Baru-baru ini, anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam, Ismail Izzani menjadi perhatian netizen apabila memuat naik satu hantaran di Instagram ketika berada di sebuah kedai outlet pakaian.
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat penyanyi berusia 20 tahun itu memegang sehelai seluar dalam dan berseloroh mengatakan dia sudah boleh berkahwin kerana sudah tahu membeli seluar dalam dengan sendiri.
“Mama, Zani dan boleh kahwin lah sebab dah beli seluar dalam sendiri”, tulisnya dalam hantaran tersebut.
Tambahnya penyanyi itu, hantaran tersebut hanya untuk gurauan dan meminta maaf sekiranya tidak kelakar dan mengundang kecaman daripada pengikut.
PenggerakDaily