Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kajian YouGov mangga menduduki senarai teratas buah-buahan yang paling digemari orang Asia. Sebanyak 14 peratus responden menggemari buah mangga diikuti raja buah, durian (11 peratus) dan tembikai di tempat ketiga (10 peratus).
84 peratus mereka yang menggemari mangga kerana teksturnya yang lambat dan rasa yang manis manakala 27 peratus lagi menggemari mangga kerana kandungan zatnya yang tinggi.
88 peratus penggemar durian pula meminati raja buah kerana rasanya yang sedap.
Jadi, tidak hairan jika kita melihat buah mangga dan durian antara elemen dalam masakan orang Asia. Contohnya kerabu mangga, sambal mangga, pulut mangga, tempoyak, bubur durian dan sebagainya.
PenggerakDaily