JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan membenarkan parti politik mengguna premis dan fasiliti pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam tempoh berkempen menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman berkata, kebenaran itu bagaikan akan tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Menurut beliau, antara fasiliti berkenaan termasuklah dewan serbaguna yang boleh menganjurkan pelbagai program seperti berkempen, mesyuarat dan lain-lain.
“Semua aktiviti yang dilakukan bagaimana mestilah tidak melibatkan sebarang penggunaan logo parti, ikon atau simbol sepanjang pelaksanaan program berkenaan.
“Ini termasuklah pemasangan kain rentang, bendera serta lain-lain bentuk dekorasi di dewan atau premis milik MBJB.
“Mana-mana pihak yang mahu memasang bendera atau logo parti perlulah mendapat kelulusan daripada MBJB terlebih dahulu bagi memastikan pemasangannya dibuat mengikut undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya ketika berucap mempengerusikan mesyuarat penuh MBJB, di sini hari ini.
Tambah beliau, kebenaran penggunaan premis milik MBJB itu juga menyaksikan parti-parti politik perlu membuat pembayaran penuh harga sewaan premis sebelum program diadakan.
“Memandangkan premis milik MBJB merupakan hak awam, jadi program yang dilaksana perlulah berbentuk kemasyarakatan sekaligus memberi manfaat kepada penduduk setempat,” ujarnya.
SPR dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu pihaknya akan bermesyuarat pada 9 Februari depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkenaan PRN Johor.
Pada 22 Januari lalu, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas menerima mengadap Menteri Besar Johor.
Penggerak Daily