Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata setakat 16 Ogos lalu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) sudah salurkan sebanyak RM530 juta kepada agensi di bawah kawal selia Medac bagi pembiayaan program pembangunan keusahawanan.
“Usaha ini menjadikan Medac antara kementerian yang berada di hadapan dalam menguruskan prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan terutama bagi membantu usahawan yang terjejas akibat penularan Covid-19.
“Medac juga sudah mengenal pasti beberapa halangan birokrasi dan red tape yang menjadi batu penghalang kepada pembangunan usahawan negara terutama dalam konteks pembiayaan kepada usahawan”, katanya di Mesyuarat MTPK, Putrajaya, semalam.
Tambah Wan Junaidi lagi, kementerian ini akan terus memastikan kerenah birokrasi ini akan dapat dikurangkan dan perkhidmatan penyampaian agensi di bawah Medac dapat dipertingkatkan.
“Selaras dengan perkembangan terkini Dasar Industri 4.0, Medac akan terus memastikan peruntukan dapat dipertingkatkan bagi membantu usahawan terutamanya usahawan mikro dan sektor informal dapat mengadaptasi automasi, mekanisasi dan digitalisasi dalam perniagaan,” katanya.
“Pelaksanaan program pembangunan Medac perlu mengambil kira dasar berkaitan dengan keusahawanan seperti Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030), Pelan Strategik Keusahawanan, Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 dan maklum balas usahawan”.
Sumber: Bernama