Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menerusi laman twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah semalam memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia mendokong kebebasan media dan media sosial.
Tweetnya lagi, kabinet telah bersetuju dan memutuskan bahawa pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, termasuk menghasilkan dan memuatnaik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh FINAS.
“Kerajaan juga akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) dengan mengambil kira situasi semasa”.
Dimaklumkan, Akta244 ini merupakan akta yang diluluskan parlimen pada tahun 1981 dan telah pun digunakan oleh kerajaan terdahulu termasuk Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan.
PenggerakDaily