Oleh: Editorial Penggerak Daily
“MENTARI (Pusat Kesihatan Mental) menyediakan khidmat kesihatan dan rehabilitasi dengan lebih efektif untuk warga Batu Pahat”, kata Ahli Parlimen Batu Pahat merangkap Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Rashid Hasnon ketika merasmikan MENTARI Batu Pahat di Majlis Karnival Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020.
“Harapan saya, kewujudan MENTARI Batu Pahat dapat memudahkan masyarakat Batu Pahat mendapat khidmat dan rawatan agar warga Batu Pahat terus sihat fizikal dan mental”.
“Semoga langkah ini dapat membantu individu yang mempunyai penyakit mental untuk meningkatkan nilai kendiri dalam mendepani cabaran kehidupan”, tambah Rashid yang juga merupakan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Johor.
Tambahan lagi, statistik menunjukkan lebih 50 peratus remaja di Malaysia mengalami depresi dan 3 daripada 10 remaja di Malaysia mempunyai kecenderungan bunuh diri.
Dengan wujudnya MENTARI, semoga peratusan remaja yang mengalami masalah kesihatan mental dapat dikurangkan seterusnya membentuk masyarakat sejahtera.
PenggerakDaily