Categories
Berita Kesihatan

MENTERI AGAMA, DR. ZULKIFLI SAH POSITIF COVID-19

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Melalui laman twitternya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa beliau kini sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dr Zulkifli juga menyeru orang ramai yang hadir ke majlis yang melibatkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.

“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” katanya.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *