Categories
Berita Kesihatan

MENTERI KENA KOMPAUN RM1000

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kompaun bernilai RM1,000 ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, lapor KKM dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Mohd Khairuddin didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkut 1998 (Akta 342).

Sebelum ini, Mohd Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7 Julai 2020 dan sampel swabnya telah diambil pada hari yang sama dan didapati negatif. Begitu juga dengan saringan COVID-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif.

Susulan kegagalan beliau mematuhi peraturan di bawah Akta 342, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) telah mengeluarkan kompaun kepada Menteri tersebut pada 7 Ogos 2020 dan beliau telah menjelaskan kompaun tersebut.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *