Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi pra-Kabinet di Istana Negara.
Berdasarkan perkongsian di Facebook Istana Negara, sesi itu berlangsung selama satu jam dan bermula pada jam 8 pagi tadi.
“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata Istana Negara.
Sebelum ini, iaitu pada minggu lalu mesyuarat pra-Kabinet diadakan bersama Yang di-Pertuan Agong diadakan menerusi persidangan video ia susulan Perdana Menteri menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari mengikut nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
Malah, Perdana Menteri beberapa kali mengadakan persidangan video bersama Yang di-Pertuan Agong sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19.
Dengan perkembangan ‘suhu’ politik semakin panas di dalam negara, mungkin pertemuan hari ini turut membincangkan kemelut politik negara atau rombakan kabinet.
Sumber: Malaysiapost